Lelaki Diseksa, Sapu Minyak Panas Pada Alat Kemaluan Sampai Kencing Berdarah Kerana Hubungan Tak DiRestui
Maliah Surip
31/05/2023 15:59 MYT
31/05/2023 15:59 MYT
Seorang lelaki dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia mengalami ‘mimpi ngeri’ hanya kerana hubungan cinta dengan seorang wanita tidak direstui oleh keluarga kekasihnya.
Sebagai ‘balasan’, lelaki yang dikenali sebagai Andreas William Sanda atau Andre telah didera.
Andre, 21, mendakwa telah datang bertemu keluarga kekasihnya sebelum ibu dan bapa wanita yang tidak merestui hubungan cinta mereka memanggil tiga lelaki berpakaian tentera datang ke rumah.
Dia kemudian telah dipukul dengan tiga daripada pemukulnya adalah anggota tentera.
Kata Andre dia bukan sahaja dipukul pada bahagian muka dan kepalanya dihentak dengan senapang tetapi turut dipaksa menyapu minyak panas pada bahagian kemaluannya sehingga mengalami kencing berdarah.
Dia juga mendakwa telah dipukul pada bahagian punggung sehingga luka.
“Wajah saya dipukul pakai pistol sampai hancur. Alat kelamin saya juga diminta letak minyak panas satu botol,” katanya seperti dilaporkan Kumparan.
Kes tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa selepas Andre membuat laporan polis.