Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Lelaki Disiasat Polis Selepas Dakwa Bebas Ke Tempat Awam Walau Positif COVID 19

Maliah Surip 25/01/2021 | 00:25 MYT
Platform media sosial menjadi 'kecoh' sejak semalam apabila seorang lelaki membuat hantaran dengan mengaku dirinya sebagai seorang pesakit COVID 19 yang'terabai'.
Lelaki yang membuat hantaran di Twitter itu mendakwa oleh kerana sudah tiga hari disahkan positif COVID 19, dan masih belum menerima maklumat atau panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah, dia mengambil keputusan untuk bebas ke tempat awam sekaligus dilihat seperti sengaja menyebarkan virus tersebut.
"Dan nak beritahu juga sepanjang tiga hari saya bebas keluar masuk rumah membeli makanan, shopping dan menyebarkan virus ini kepada orang ramai.
"Pergi mampuslah siapa yang kata saya tak kuarantinkan diri sebab pihak yang sepatutnya memantau pun main lepas tangan," tulis lelaki tersebut di hantarannya yang tular dan menimbulkan kemarahan netizen itu.
Sehubungan itu, pihak polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki tersebut yang ingkar mematuhi SOP penyakit yang terakhir mencatat angka di Malaysia lebih 3,300 kes semalam.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara itu.
"Kita akan siasat kes ini di bawah Seksyen 12 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan," katanya seperti yang dipetik dari Sinar Harian.
Kredit Foto: Sinar Harian
#Polis #Bebas #COVID 19 #Kuarantin #SOP #Siasatan
;