Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lelaki Ditahan Polis Kerana Menerima Suntikan Vaksin COVID-19 Sebanyak 87 Kali

Izwan Isa
05/04/2022 14:50 MYT
Seorang lelaki di Jerman telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa mengambil suntikan vaksin COVID-19 bukan satu atau dua, tetapi 87 kali.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Freie Presse, lelaki berusia 61 tahun berkenaan berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anti-vaksin yang enggan mengambil vaksin.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, difahamkan lelaki terbabit pergi ke tiga pusat pemberian vaksin berbeza setiap hari, dengan memberikan nama dan tarikh lahirnya, tetapi tanpa kad insurans yang mempunyai status vaksinasi miliknya.

Dalam sebuah lagi laporan akhbar di Jerman, pekerja yang bertugas di Dresden sudah mengenali lelaki tersebut apabila dia tiba ke pusat pemberian vaksin untuk menerima suntikan.

Apabila dia memasuki pusat berkenaan, pekerja memberitahu pihak berkuasa dan dia akhirnya ditangkap.

Dia didakwa oleh Red Cross kerana menjual pasport vaksinasi.

Bagaimanakah dia terlepas mendapatkan vaksinasi sehingga 87 kali? Menurut laporan, lelaki itu akan membawa dokumen pemvaksinan kosong setiap kali dia memasuki pusat berkenaan.

Selepas mendapatkan suntikan, dia menanggalkan nombor siri vaksin berkenaan dan menjualnya kepada anti-vaksin.

#Jerman #Suntikan vaksin #Antivaksin