Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Lelaki Elok Kahwin 32 Tahun, Wanita 28 Tahun, Sebabnya..." - Dr. Sheikh Muszaphar

Amri Hassan
25/11/2021 01:43 MYT
Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meletakkan usia 32 tahun merupakan umur terbaik bagi seseorang lelaki untuk berumah tangga.

Manakala, umur ideal wanita berkahwin pula sekitar usia 28 tahun.

Peringkat umur yang dinyatakan beliau adalah tempoh terbaik secara sudut kewangan dan emosi untuk individu terbabit membina keluarga.

"Saya sentiasa berpendapat usia terbaik untuk seseorang lelaki berkahwin adalah pada 32 tahun dan wanita 28 tahun.

"Ketika itu anda stabil daripada sudut emosi dan kewangan, matang dan berada di puncak karier.

"Namun, anda takkan pernah bersedia sehinggalah anda mengambil keputusan untuk 'settle down'," katanya memberikan pandangan.



Sheikh Muszaphar turut mengambil kira situasi dirinya yang dianggap sedikit lewat membina keluarga ketika usianya sudah 38 tahun.

"Saya berkahwin pada umur 38 tahun dan Dr. Halina 30 tahun. Lambat disebabkan banyak perkara.

"Dan sekarang ketika umur saya 49 tahun saya masih berusaha membesarkan keluarga dengan anak-anak kecil yang berlari-lari sekitar rumah," ujarnya tertawa.

Justeru, Sheikh Muszaphar membuka ruang bicara buat pengikutnya untuk berdiskusi mengenai usia ideal untuk mendirikan rumah tangga.

Ternyata, ramai yang tampil memberikan buah pandangan masing-masing mengambil kira pelbagai aspek kehidupan dalam membuat keputusan untuk berkahwin ketika zaman moden ini.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!



#Kahwin #Viral #Anak #Angkasawan #Sheikh Muszaphar Shukor #Dr Halina #Umur
;