Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Lelaki Idaman Saya” - Tular Model Kacak Jadi Sami, Raih Perhatian Netizen Dunia

Azwa Rahman
13/01/2021 14:50 MYT
Seorang model kacak yang berasal dari Myanmar Paing Takhon tular di media sosial apabila bertukar menjadi sami dan mengabadikan dirinya kepada Tuhan selama 10 hari.

Menerusi laman sosial Instagram, Paing berkongsi foto dirinya memakai pakaian sami dan tinggal bersama komuniti tersebut.

A post shared by Paing Takhon (@paing_takhon)


“Habiskan tahun baru 2021 saya dengan menjadi seorang sami untuk 10 hari. Saya rasa sangat tenang dan lebih mengenali diri sendiri,” tulis Paing menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, Paing yang sebelum ini kacak berambut panjang membotakkan kepalanya demi bergelar seorang sami.

Meninjau ke ruangan Twitter, rata-rata wargamaya seantero dunia yang terpesona dengan wajah kacak pemuda yang berusia 24 tahun itu.

Malah, ramai yang tidak percaya melihat imej Paing kini yang tampil botak.

Paing Takhon botak pun handsome teruk,” komen seorang wargamaya.

Inilah lelaki idaman saya, Paing Takhon,” kata seorang wargamaya.

Viral merata gambar Paing Takhon, hensem teruk,” puji seorang wargamaya.

Saya tak sedih sangat bila orang lain potong rambut tapi bila Paing botakkan kepala saya rasa nk menangis,” tulis seorang wargamaya.

Sekarang Paing Takhon sentiasa berada dalam fikiran saya 24/7,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto sami Paing itu telah menerima hampir 135,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sekadar info, Paing memulakan kariernya sebagai model dan pelakon sekitar tahun 2014.

Dia pernah dilantik menjadi duta pelancongan negara Myanmar pada tahun 2019.

Selain meniti populariti dalam masa yang cepat, Paing merupakan anak kepada keluarga pemilik United Amara UAB Bank, antara bank pelaburan terbesar di Myanmar.

#Selebriti kacak #Model Myanmar #Paing Takhon
;