Lelaki Ini Berjanji Pakai Selipar Ke Pejabat Kalau Ameera Khan Tunaikan Permintaannya
Izwan Isa
03/10/2023 03:50 MYT
03/10/2023 03:50 MYT
Pempengaruh Ameera Khan cukup terkenal sebagai individu yang kerap berkongsi dan memuat naik gambar di Instagram.
Sungguhpun aktif di media sosial, namun, adik kepada Neelofa itu jarang dilihat membalas komen pengikut atau berinteraksi dengan penggemarnya.
Namun, lain pula cerita apabila seorang lelaki berjaya meraih perhatian Ameera untuk membalas komen yang ditinggalkan menerusi satu hantaran baharu di platform media sosial berkenaan.
Menerusi ruangan komen, lelaki itu menulis: “Dia kalau balas comment aku… esok aku pergi kerja pakai selipar,” tulisnya.
Tanpa disangka, Ameera membalas komen berkenaan dengan meninggalkan emoji lambaian tangan.
Melihat pada komen-komen lain yang ditinggalkan oleh netizen, ramai antara mereka yang bergurau dan meminta lelaki itu untuk menyarungkan selipar ke pejabat pada hari berikutnya.
Selain itu, ada juga yang mencadangkan supaya lelaki berkenaan tidak mengunci akaun supaya orang ramai dapat melihat dia memakai selipar di tempat kerja.
BACA: Meerqeen, Ameera Khan Jalan-Jalan Bersama Di Paris! Ada Apa-Apa Ker Tu?