Seorang lelaki di Bandung, Jawa Barat mencuit hati netizen dengan gelagatnya apabila menjual kain kafan dalam talian di media sosial Instagram dan TikTok, lapor detik.com
Baru-baru ini, Yoka membuka perniagaan kain kafan yang berjenama Kafani yang mengkhususkan penjualan kelengkapan jenazah yang dikatakannya tidak pernah dilihat dijual di media sosial.
"Saya memulakan perniagaan ini kerana bimbang segelintir orang ramai sukar mencari kelengkapan jenazah apabila berlaku kematian, misalnya pada waktu malam.
"Kebimbangan lain ialah ada juga dikalangan mereka tidak mahir mengendalikan jenazah saudara mara mereka," katanya.
Yoka juga berkata, dia juga berdakwa dengan mengajak orang ramai menitik beratkan hal-hal berkaitan pengurusan jenazah.
Minggu lepas, Yoka mengadakan sesi jualan langsung melalui TikTok.
Secara keseluruhan, daripada lima siaran langsung, dia mendapat banyak maklum balas positif daripada netizen.
Katanya, ramai yang memandang serius persiapan mengendalikan jenazah, tetapi
tidak ramai yang membuat komen bergurau.
Sejak awal memasarkan produknya, Yoka sentiasa menjelaskan semua kaedah pengurusan jenazah dengan serius.
Namun, ribuan netizen membalas dengan pelbagai soalan pelik dan dia sesekali tidak menyangka produknya telah menjadi tular di seluruh Indonesia.