"Lelaki Kahwin Dengan Penyondol Tak Bijak" - Rita Rudaini
Pelakon, Rita Rudaini tampil berkongsi pendapatnya mengenai isu golongan lelaki yang berkahwin dengan wanita perampas suami orang atau lebih dikenali sebagai ‘penyondol’.
Menerusi satu hantaran di media sosial, pelakon drama Mami Jarum itu menyifatkan lelaki sebegitu sebagai tidak bijak kerana sanggup memilih wanita yang memusnahkan rumah tangga wanita lain.
“Lelaki yang kahwin dengan penyondol ni… tak ada yang bijak. Kalau dia bijak, takkan dia pilih penyondol, kan?” tulisnya.
Selain itu, sebagai ‘Ratu Mahkamah Syariah’ suatu ketika dahulu, Rita turut berkongsi pengalamannya yang pernah menyaksikan pelbagai kisah sadis perkahwinan yang hancur.
“Dalam mahkamah tu, saya pernah tengok orang bergaduh rebut pinggan, gelas, tilam, kipas siling… sampai roti Gardenia dalam resit nafkah anak pun dipertikai. Keji kan?” ujarnya.
Hantaran tersebut pantas menarik perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya, malah menyifatkan Rita berani berkata benar walaupun pahit untuk ditelan sesetengah pihak.
“Sebab tu saya suka Rita, dia bagi sedas je dah cukup.
“Louder ketua.
“Experience Puan Rita bukan biasa-biasa. Betapa kuat wanita yang teraniaya dan tersakiti ini,” komen beberapa netizen.