Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.

Lakukan Jenayah Selama Setahun

Dalam kejadian yang berlaku di sekitar Kota Semarang, Jawa Tengah, Indonesia, lelaki berusia 32 tahun yang juga seorang peniaga didapati melakukan perbuatan keji itu sejak setahun lalu.

Apa yang lebih menakutkan, lelaki tersebut turut mengaku bahawa dirinya sering mendapat ilham selepas mencuri dan mengumpul pakaian dalam wanita.

Menurut Ketua Polis Banyumanik Pesuruhjaya Ali Santoso, semua seluar dalam yang dicuri lelaki berkenaan adalah secara rawak.

“Itu semua seluar dalam wanita, ada milik pelajar perempuan dan lain-lain. Dicuri secara rawak,” ujarnya.

Penduduk Buat Aduan Hilang Seluar Dalam

Penahanan suspek dilakukan selepas aduan yang dibuat oleh penduduk setempat yang mengadu kehilangan seluar dalam di kawasan kejiranan.

Susulan permasalahan itu, penduduk di kawasan tersebut mengambil inisiatif memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek.

BERITA TRENDING: Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…

BERITA TRENDING: Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”

Sumber: Tribun Jatim