Viral

Lelaki Kongsi Cerita Rakan Kerja 'Offshore' Masih Memilih Untuk Bersama Isteri Walaupun Empat Daripada Enam Anak Bukan Anak Kandung

gempak
Umirah Halim
21/03/2024
01:00 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Kongsi Cerita Rakan Kerja 'Offshore' Masih Memilih Untuk Bersama Isteri Walaupun Empat Daripada Enam Anak Bukan Anak Kandung
Sebuah hantaran seorang lelaki yang mendedahkan situasi rakannya telah dicurangi isteri sehingga beranak-pinak mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Memulakan penceritaannya, lelaki ini telah mengulang ciapan (retweet quote) sebuah hantaran yang memaparkan seorang wanita bersedih setelah suaminya mendapat tahu tiga anak yang dilahirkan bukan anak kandungnya.
Susulan itu, lelaki tersebut menceritakan situasi sama yang dialami oleh rakannya yang bekerja di sektor cari gali (offshore).
Menurut lelaki tersebut, 4 daripada 6 anak rakannya adalah bukan anak kandungnya. Malah, lebih memeranjatkan lagi, rakannya itu masih memilih untuk bersama isterinya kerana 2 anaknya merupakan anak kandungnya.
Disebabkan situasi ini dia sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya membuat ujian DNA anak-anak terutamanya kepada mereka yang perlu bekerja di luar kawasan.
"Kawan aku lagi win. 4/6 kids dia adalah anak orang. Pengajaran kepada semua kawan luar pesisir, semak DNA anak-anak anda. Kebenaran itu menyakitkan tetapi ia adalah penting untuk masa depan anak-anak.
"Kawan aku masih decide untuk stay. Demi anak-anak sebab last two adalah anak kandung dia," kongsi individu tersebut.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang menimpa lelaki tersebut dan mengkritik perbuatan isterinya yang tergamak berlaku curang ketika suami sibuk mencari rezeki.
"Macam mana lah kawan cik boleh stay dengan betina j*lang macam tu. Kuat betul tanggungjawab dia kepada anak-anak yang tak berdosa. Allahu kusangka kan 1 rupanya 4. Moga Allah merahmati kita semua di bulan Ramadhan ini
"Laki tu dah kesian tapi anak-anak yang tak tahu apa-apa lagi kesian weh, nak kena explain semua kat diorang. Masa depan diorang macam mana? Nasab kot? Nak kawin nanti macam mana? Aish dugaan betul. Minta jauh la benda-benda macam ni.
"Naluri seorang bapa boleh detect anak tu bukan anak kita. Dari segi rupa dan perangai. Nampak pelik sikit je pergi buat DNA test," komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 2.4 juta tontonan di Platform X.

Berita Trending: "Terjerit Keluar Anak Tekak, Terkinja-Kinja ..." - Netizen Labelkan Nyanyian…

Berita Trending: "Ya, Memang Saya Baca 'Jampi' Ketika Memasak" - Thalia Baiduri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024