"Lelaki-lelaki 'Please' belajar Dari Cerita Ini Pasal 'Being A Gentleman' Yang Jaga Perempuan" - Cassidy La Creme

Elrafaei Sapi
November 26, 2018 12:37 MYT
Penyanyi popular YouTube, Cassidy La Creme berkongsi pengalamannya dibantu seorang lelaki ketika berdepan situasi tayar keretanya yang pancit pada waktu malam.
Gadis yang fasih cakap Melayu ini memberitahu dia ditemani 'malaikat penjaga' apabila didatangi seorang pakcik yang datang membantunya pada masa itu.
"Ada seorang pakcik bagitau saya ada tayar pancit. Ini kali pertama kereta saya tayar pancit. Saya tak tahu nak buat apa, dia cakap saya boleh tolong dan minta bawa kereta ke tepi," katanya menerusi video yang dikongsi menerusi Instagramnya, @cassidylacreme, malam tadi.
Sambungnya, ketika pakcik itu mahu menukarkan tayar simpanannya pula kurang angin lalu mengajak selebriti itu pergi ke stesen minyak terdekat.
"Lepas tu dia ikut saya balik ke rumah jugak untuk memastikan saya selamat balik ke rumah," katanya.
Ujarnya, dia sangat bersyukur kerana dibantu pakcik tersebut yang sudi menolongnya.
"Saya harap cerita ini dah bagi inspirasi untuk tolong seorang yang 'helpless' nanti tanpa 'expectations of anything in return' sebab nanti 'you never know, the karma you get in return may be more than you ever thought possible'
"'Look out for each other, help selflessly' and lelaki-lelaki 'please' belajar dari cerita ni pasal 'being a gentleman' yang jaga perempuan," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @cassidylacreme
#Cassidy La Creme