,
Hiburan

"Lelaki Masuk Tempat Solat Wanita... Nanti Semua Orang Malaysia Masalah Nak Buat Umrah" - Kes Sajat Berpakaian Wanita Di Tanah Suci Dibawa Ke Pihak Atasan

Zulaikha Yusof
03/02/2020
02:51 MYT
Peserta Pencetus Ummah (PU) Amin menyatakan kes usahawan kontroversi, Nur Sajat telah dirujuk kepada pihak atasan akibat berpakaian wanita dan bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Jelas Amin, petugas umrah di Makkah menganggap ini adalah isu besar kerana telah mencemarkan kesucian masjid.
“Saya dapat makluman dari rakan-rakan petugas umrah Makkah, kes Sajat dan kawan-kawannya telah dibawa ke pihak atasan, kementerian haji umrah dan kementerian pelancongan.
“Dimaklumkan juga ramai petugas umrah di Makkah membuat laporan pada pihak berkuasa . Mereka kata ini jenayah kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi , benda ini besar kerana lelaki masuk tempat solat wanita.
“Ini juga mencemarkan kesucian masjid kata mereka. Saya hanya mendengar rakan rakan petugas berbicara . Risau juga jika ada sekatan atau tindakan kepada jemaah umrah Malaysia yang akan dating.
“Pelbagai perkara boleh berkait . Semoga Allah memudahkan semua urusan jemaah umrah kali ini.
“Kata mereka juga hari ini pula visa tourist telah disekat oleh kerajaan Arab Saudi. Ada kaitan atau tidak wallahualam, kerana ada beberapa negara lain juga disekat visa pelancongan.
“Bermakna visa pelancong tidak wujud selepas ini selepas diberi kemudahan visa oleh kerjaan Arab Saudi sebelum ini.
“Pihak travel dah maklum awal pada sajat agar ikut gender di sini. Travel juga kata mereka langgar perjanjian. Travel juga dah bagi kursus umrah khas buat mereka.
“Ini bermakna travel tidak bersalah. Yang melanggar perjanjian itu yang bersalah. Kesian juga travel kena hentam. Semua ustaz-ustaz kita tu.
"Menjadi pengajaran kepada kita semua. Semoga Allah membuka jalan kebaikan kepada kita.
"Sajat dan kawan kawan pergi umrah tak salah. Umrah harus dan baik buat sajat dan kawan kawan.
"Yang salah bila dia langgar perjanjian dan pakai pakaian wanita serta masuk ke kawasan perempuan, bercampur dengan jemaah wanita.
"Sebelum ini ramai pondan dan maknyah buat umrah. Tak jadi masalah. Kerana mereka berihram dan masuk solat bersama lelaki.
"Mereka ikut kaedah dan cara disini. Allah dan Rasul Yang Lebih Mengetahui," tulisnya di Facebook miliknya.
Menerusi entri yang berbeza, Amin atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 30, berkata dia telah ditegur dan disoal oleh anggota polis sama ada kes lelaki berpakaian wanita itu adalah dari Malaysia.
Jelas Amin dia berkelakuan seperti tidak tahu-menahu namun telah diberi peringatan supaya tidak membuat masalah di tempat suci tersebut.
"Tadi ditegur oleh polis. Kebetulan saya berborak dengan kawan dalam Bahasa Arab.
"Dia tanya saya dari Malaysia ke? Saya kata ya. Dia tanya hal yang sedang kecoh pasal lelaki pakai pakaian perempuan itu Malaysia ke?
"Saya kata saya tak tahu cerita (buat buat tak tahu). Dia kata jangan buat hal kat sini, ini tempat suci, tempat ibadah.
"Nanti semua orang Malaysia masalah nak buat umrah. Nak buat apa buat kat tempat awak, sini undang-undang kita tak boleh buat main.
"Saya angguk-angguk dan balik. Dalam hati saya kata kalau kat negara sendiri pun saya tak suka ini berlaku.
"Fuhhh, cukup hebat kes ni, arab pun tahu. Ya Allah peliharalah kami semua Ya Allah," tulisnya lagi.
Sejak pagi Ahad, sosial media kecoh apabila Sajat berpenampilan wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.
BACA: "Bila Kita Di Sini, Kita Semuanya Sama" - Nur Sajat Bersyukur Selesai Tunai Umrah
BACA: “Sepanjang Perjalanan Semua Ikut Garis Panduan, Cuma Sebaliknya Berlaku Di Sana” – Jawapan Agensi Pelancongan Selepas Dikecam Gara-Gara Sajat
BACA: “Sajat Bertudung Untuk Ambil Gambar Sahaja, Berihram dan Solat Seperti Lelaki Juga” – PU Amin Bersangka Baik
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

PAPUH Nafi Dakwaan Terlibat Kartel Pakej Umrah

gempak
01/10/2024
17:38 MYT
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (Papuh) menafikan dakwaan mengatakan pihaknya terlibat dalam kartel pakej umrah.
Hiburan

Paula Verhoeven Kata Suami Sibuk, Baim Wong Tak Tahu Isteri Tunai Umrah

gempak
01/10/2024
12:55 MYT
Selebriti Indonesia, Baim Wong mengaku tidak mengetahui isterinya, Paula Verhoeven kini menunaikan umrah bersama beberapa rakannya.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

Sajat Tak Tahan Sebak, Jumpa Anak-Anak Terus Menangis - “Saya Tinggalkan Mereka Masa Umur 5 Tahun…”

gempak
05/09/2024
00:37 MYT
Usahawan kontroversi, Nur Sajat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja dapat bertemu dengan dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza selepas empat tahun berpisah.
BorakSeeni