,
Berita

Lelaki Maut Dilanggar Kenderaan Undur Sendiri

Awani
28/08/2024
00:55 MYT

Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux miliknya yang mengundur secara tiba-tiba dalam kejadian di Kampung Pasir Putih, Jalan Padang Pulut, Jeneri, Kedah, pada Selasa.

Menurut laporan Awani, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, anggota polis di pejabat pertanyaan trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik menerima makluman berkaitan seorang lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di bawah kenderaan pacuan empat roda di tempat kejadian pada jam 4.30 petang.

“Siasatan polis di tempat kejadian mendapati kemalangan itu berlaku ketika mangsa, Lim Gok Hong, 59, baru keluar dari kebun betik miliknya untuk pulang ke rumahnya di Yan.

"Namun, sebaik tiba di jalan masuk ke kebun, mangsa meletakkan gear dalam keadaan neutral (N) dan hanya menarik brek tangan separuh sebelum turun dari kenderaannya untuk menutup pintu pagar kebunnya itu.

"Sewaktu mangsa menutup pintu pagar, secara tiba-tiba kenderaan itu mengundur ke belakang lalu melanggar mangsa menyebabkan mangsa tersepit di bawah kenderaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Abdull Razak berkata, mayat mangsa ditemui berada dalam keadaan tertiarap dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sik untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Awani

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Berita

Lelaki Rempuh Kedai Bekas Kekasih Selepas Berpisah

gempak
12/09/2024
14:59 MYT
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara ‘untuk tempoh lama’ kerana merempuh kedai milik bekas kekasihnya dalam cubaan membunuh mangsa selepas hubungan mereka putus, lapor akhbar The Sun UK.
Berita

Bekas Pelumba GP Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak

gempak
12/09/2024
06:45 MYT
Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, semalam disebabkan kecederaan akibat ditetak selepas pergaduhan di Kangar.
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

gempak
11/09/2024
04:25 MYT
Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.