Laman Utama

"Lelaki Memang Kelakar" - Syok Tengok Sajat Buat Lawak, Netizen Minta Cepat Balik Malaysia! Rindu Katanya!

gempak
Hanafis Haris
02/03/2022
02:02 MYT
Sponsor Banner
"Lelaki Memang Kelakar" - Syok Tengok Sajat Buat Lawak, Netizen Minta Cepat Balik Malaysia! Rindu Katanya!
Biarpun telah mencetus pelbagai kontroversi, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat nampak gayanya diminta oleh sesetengah pihak untuk pulang ke Malaysia.
Ini kerana ada beberapa diantara mereka merindukan telatah Sajat yang sering membawa lawak dan jenaka di media sosialnya.
Menerusi tinjauan Gempak di platform TikTok Sajat, ramai netizen yang meluahkan rasa rindu mereka di ruang komen.
"Aku tak boleh la Sajat ni, lelaki memang pelawak".
"Rindu la Sajat, dekat Malaysia semua rindu Sajat".
"Dia ni memang dah tersimpang jauh, tapi aku suka tengok video lawak ting tong dia. Rindu pula Sajat," tulis beberapa netizen.
Pun begitu, masih ada juga netizen yang terguris hati apabila Sajat adakalanya memperlehkan hukum agama termasuk menyindir pihak berkuasa yang masih tidak dapat menjejaki lokasinya ketika di Malaysia.
"Berlagak ye kat dunia ni, kutuk JAIS, persendakan hukum agama, bangga sangat jadi perempuan".
"Moga Sajat diberikan hidayah, segera pulang ke Malaysia," tulis sesetengah netizen lagi.
Sekadar info, Sajat sebelum ini mengesahkan dirinya kini sudah berada di Australia.
Nur Sajat memaklumkan dirinya sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan sudah pun secara rasmi berhijrah ke negara Kanggaru itu dengan bantuan kerajaan Australia ketika 'live' di media sosial miliknya.
Untuk rekod, Nur Sajat sebelum ini ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.
Ketika ditahan Nur Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia.
Dalam perkongsian yang dibuat secara langsung di media sosialnya, Nur Sajat berkata, dia bukanlah melarikan diri sebaliknya hanya berhijrah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024