Baru-baru ini, tular di Platform TikTok memperlihatkan seorang lelaki memarahi sebuah kedai cuci kereta akibat menghilangkan karpet kenderaannya.

Dalam video berkenaan, lelaki tersebut mendakwa pemilik carwash itu tidak mahu bertanggungjawab atas kehilangan karpet keretanya dan tidak memberikan sebarang respons berkaitan perihal itu sejak 12 Januari lalu.

BERITA TRENDING: "Takkan Lah Bodoh Sangat Aku Nak Patahkan Kunci!” - Pelanggan Carwash Dakwa Pekerja Tak Mahu…

"Dia dah hilangkan, dia tak nak bayar, aku dah Whatsapp dia pada 12 Januari sampai sekarang 27 Januari tak ada respons!" bentak lelaki itu.
@mras436 Jom ramai2 boikot car wash ni!!!Cuci Kereta Pn x Bersih!! dy ckap bg masa 2 minggu..Skrng Da Masuk 3 Minggu..Xde ape2 Response!! #carwashproblems #kluangbahru #kluang #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound - AT SHOP95

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memihak kepada lelaki itu dan mengkritik tindakan sesetengah carwash yang dianggap tidak jujur dalam melakukan pekerjaan.

"Kalau saya pun bengang juga, datang carwash just nak cuci je, tak pasal-pasal karpet hilang nak keluar duit lagi beli karpet lain,"

"Carwash ni aduh, staf diorang tangan panjang, duit dalam kereta pun lesap,"

"Banyak kedai carwash tak jujur."

Sekadar info, perkara itu dikatakan berlaku di sebuah carwash yang terletak di Kluang, Johor.

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih hampir satu juta tontonan dan lebih 19,000 tanda suka di TikTok.

Sumber: TikTok