gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Allan Andersn, Awient & Afiq Sky Tarik Nafas Lega, Tiada Penyingkiran Di Minggu Kelima
BERITA
Hari Raya Aidiladha Dijangka Jatuh Pada 6 Jun
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Rizal Rashid Dedah Pernah Pegang Gelaran Pemain Gulintangan Terbaik Di Brunei - “Ramai Yang Tak Tahu”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Lelaki Menyamar 'Polis' Disyaki R*gol Pelajar Universiti, Ugut RM3,000

gempak
Gempak
25/05/2025
13:54 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Menyamar 'Polis' Disyaki R*gol Pelajar Universiti, Ugut RM3,000
Dua peniaga kendera saji (food truck) di Klebang direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka kerana disyaki merogol dan mencabul seorang pelajar universiti dengan menyamar sebagai anggota polis.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, perintah reman terhadap lelaki masing-masing berusia berusia 23 dan 29 tahun itu dikeluarkan Majistret N Sivashangari bermula 23 sehingga 29 Mei ini.
Sementara itu, menurut sumber kejadian berlaku ketika pengadu, pelajar universiti berusia 18 tahun dan teman lelakinya yang sedang berdua-duaan dalam sebuah kereta di kawasan sunyi Pantai Klebang didatangi suspek berusia 29 tahun pada kira-kira pukul 9 malam menaiki sebuah motosikal.
“Suspek mengetuk cermin tingkap pasangan kekasih itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum masuk ke dalam kereta berkenaan dan menghubungi seorang lagi rakannya berusia 23 tahun menaiki sebuah motosikal lain.
“Mereka menuduh pasangan itu melakukan hubungan seks serta mengugut supaya membayar RM3,000 jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang namun pasangan itu mendakwa tidak mempunyai duit,” katanya.
Kedua-dua suspek kemudian memaksa pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks di tempat duduk belakang sambil mereka membawa kereta dan merakam adegan lucah menggunakan telefon bimbit.
“Apabila tiba di sebuah kedai serbaneka yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM), suspek mengarahkan teman lelaki mangsa keluar untuk mengeluarkan duit dan meninggalkan kekasihnya bersama kedua-dua suspek.
“Gadis berkenaan yang dibiarkan tanpa pakaian di tempat duduk belakang kereta kemudian dirogol suspek berusia 29 tahun sebanyak dua kali manakala suspek berusia 23 tahun meraba kemaluan pelajar universiti awam itu,” tambahnya lagi.
Mangsa yang tidak mempunyai duit di dalam bank kemudian terpaksa meminjam daripada rakannya sebanyak RM50 sebelum mengeluarkannya di ATM dan menyerahkan wang terbabit kepada suspek.
Suspek kemudian membawa pasangan itu ke Pantai Klebang untuk mengambil semula motosikal mereka sebelum mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga pada pukul 3 pagi.
“Bertindak hasil maklumat, sepasukan polis menahan kedua-dua suspek masing-masing beralamat di Taman Rambai Utama dan Kampung Pulau Gadong di Pantai Klebang.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya yang merupakan pekerja kendera saji negatif dadah,” tambahnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan rogol dan Seksyen 170 KK kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Malaysia Gazette
Topic Berkaitan
#Ugut
#Universiti
#Melaka
#Polis
#Rogol
#Pelajar
#Seks
Must-Watch Video