Lelaki Minta Carikan Doktor Lepas Kemaluan Bengkak Disuntik Minyak Zaitun
Izwan Isa
04/11/2023 00:50 MYT
04/11/2023 00:50 MYT
Bagi merawat keadaan zakarnya yang membengkak, seorang lelaki di Thailand meminta bantuan pengguna media sosial untuk mencarikan doktor bagi merawat masalahnya itu.
Zakar lelaki itu mengalami bengkak selepas dia menyuntiknya dengan minyak zaitun.
Menurut lelaki berkenaan, dia memilih untuk menjalani proses pembesaran organ menerusi suntikan sejak dia berusia 20 tahun. Namun, jangkitan yang berlaku pada zakar hanya berlaku baru-baru ini.
Selepas bertemu dengan doktor lain sebelum ini mendapatkan rawatan, lelaki itu diberi krim antiseptik bagi merawat zakarnya. Dia tidak ditahan di hospital.
Doktor itu juga meminta pesakit untuk datang setiap kali dia berasa sakit pada kemaluannya.
Namun, apabila doktor tersebut memberitahu yang dia boleh memilih untuk memotong kemaluannya, dia dengan segera memutuskan untuk meminta bantuan Gun mencari doktor pakar lain walaupun dia berasa malu.
Sumber: Channel 7
Zakar lelaki itu mengalami bengkak selepas dia menyuntiknya dengan minyak zaitun.
BERITA TRENDING: Jurulatih Dodgeball Mengaku Tak Bersalah Jentik Kemaluan Anak Murid
Justeru, atas niat untuk memberikan bantuan, pempengaruh media sosial, Kannarat Gun Pongpaiboonwet menemani individu berusia 29 tahun itu ke Hospital Masterpiece, Bangkok.Menurut lelaki berkenaan, dia memilih untuk menjalani proses pembesaran organ menerusi suntikan sejak dia berusia 20 tahun. Namun, jangkitan yang berlaku pada zakar hanya berlaku baru-baru ini.