Berita

Lelaki Muda Buka Hati Maya Matahari

Syafiqah Jalal
31/08/2018
02:22 MYT
Penyanyi Maya Matahari akui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki muda.
Pemilik nama sebenar Meyanaliza Ruslee, 42, berkata, lelaki tersebut telah membuka hatinya untuk bercinta lagi selepas gagal dalam perkahwinannya sebelum ini.
“Sebenarnya saya sudah mengenali dia setahun yang lalu cuma beberapa bulan ini hubungan kami semakin serius.
“Dia seorang yang tidak pernah putus asa dan matang biarpun jarak usia kami agak jauh. Ciri-ciri ini buat hati saya terbuka lagi,” katanya kepada Gempak.
Maya memberitahu sebagai seorang wanita dia mahukan zuriat selepas tidak dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinan pertama.
“Saya pernah kata tidak mahu bercinta lagi selepas gagal dalam perkahwinan sebelum ini, tapi bila dia (kelasih) datang ia mengubah segalanya.
“Lagipun saya pun menginginkan juga seorang dua zuriat untuk menyambung generasi saya,” katanya lagi.
Maya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada Jun 2009 sebelum berpisah pada 0gos 2015.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.
Hiburan

Semua Sangka Shahir Kembali Menyepi, Hakikatnya Instagram Kena Godam! Lenyap Sebab Tak Bayar RM2,000 - "Habis Kenangan Saya"

gempak
18/07/2024
09:25 MYT
Juara Akademi Fantasia 8 (AF8), mengakui sepi dari media sosial disebabkan akaun Instagram rasminya telah digodam individu tidak bertanggungjawab.