Kontroversi mengenai isu rumah tangga yang melanda pendakwah muda program realiti Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ammar Alfian sememangnya mendapat perhatian netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa marah dan tidak puas hati selain melabelkan mereka sebagai seorang suami yang tidak bertanggungjawab.

Terbaru, permulaan pangkal nama berhuruf ‘A’ pula yang menjadi ‘permainan’ netizen di media sosial.

Tinjauan di media sosial mendapati netizen seolah-olah memerli perangai lelaki yang namanya bermula dengan huruf berkenaan.









Terdahulu, tular di media sosial bekas isteri PU Abu, Aina Afini mendakwa diceraikan suaminya kerana seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.

Aina mendakwa diceraikan kerana tidak bersetuju untuk berpoligami dan ketika itu sedang sarat hamil (anak sulung) tujuh bulan.

BACA: PU Abu Mohon Maaf, Menyesal Ceraikan Isteri Sedang Hamil

Belum reda kisah tersebut, penularan foto mesra tanpa baju mirip pelakon lelaki, Aliff Aziz bersama seorang gadis berusi 17 tahun dan juga wanita seksi termasuk adegan bercumbu juga tular di media sosial.

BACA: Aliff Aziz Kantoi Curang 'Check In' Dengan Gadis Rempit 17 Tahun Pula?

Terbaru, netizen dikejutkan pula dengan pendedahan isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam mendakwa suaminya curang ketika dirinya sedang hamil enam bulan.

BACA: Isteri Dedah Kecurangan Ammar Alfian Ketika Sedang Hamil 6 Bulan?