,
Viral

Lelaki Nyaris Dipijak Kuda Ketika Perbarisan Di Putrajaya, Bunyi Muzik Bingit Mungkin Punca

Amri Hassan
01/09/2024
02:55 MYT
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila nyaris dipijak oleh seekor kuda yang secara tiba-tiba bertindak agresif Ketika acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pada Sabtu.
Insiden terseut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi dan tular media sosial selepas ia dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Imal Rossi.

BERITA TRENDING: Hujan? Payung Kan Ada! Semangat Merdeka Kuasi Diri, Orang Ramai Tak Berganjak Demi Saksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2024

Berdasarkan klip berdurasi 41 saat itu, lelaki terbabit yang dipercayai peserta acara perbarisan itu pada awalnya dilihat sedang berlari anak dan seakan-akan tidak menyedari kehadiran segerombolan kuda yang sedang bergerak mendekati di belakangnya.
Tidak lama kemudian, tiga ekor kuda daripada gerombolan itu ditunggang oleh peserta perbarisan dilihat bertindak agresif secara tiba-tiba sebelum merempuhnya menyebabkan lelaki terbabit terjatuh.
Lelaki berkenaan juga tersangkut di bawah kaki salah seekor kuda tersebut dan nyaris dipijak.
Bagaimanapun, lelaki itu dilihat bernasib baik dan mampu bangun kembali dan bergerak ke arah tepi.
Salah seorang anggota tentera yang dipercayai sedang berkawal dalam perarakan berkenaan didapati turut menyedari mengenai situasi terbabit.
Berdasarkan daripada audio sebenar rakaman berkenaan, terdapat beberapa orang pengunjung didengar sedikit cemas terhadap insiden yang berlaku.
"Semoga abang itu tidak cedera apa-apa. Kuda mengganas di luar jangkaan," tulis Imal Rossi yang memuat naik video berkenaan di TikToknya pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Kehadiran Keluang Man & Pelakon Filem Kahar: Kapla High Council Meriahkan Lagi Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

BERITA TRENDING: Abang Sado JPJ First Time Masuk Perbarisan Hari Merdeka, Tiada Niat Bersaing - “Kami Nampak Yang Lain Pun Tegap”

BERITA TRENDING: Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

Dalam pada itu, di ruangan komen, terdapat warganet berpandangan kuda berkenaan bertindak agresif kerana bunyi alat muzik di lokasi yang kedengaran agak bising.
"Bunyi gendang dengan simbal itu menakutkan dia. Bunyi simbal tu nyaring, trigger kuda tu. Koordinator perbarisan tak rancang betul-betul ke? Nasib baik dia tak rempuh orang ramai," tulis Azielahaneem Idris.
"Pantang larang kuda adalah bunyi bising dan manusia datang dari belakang mesti kena 'karate' terus mati. Itu baru sikit naik minyaknya. Kalau betul-betul, mati dah tu kene lanyak," kata Muhammad Raziman.
Turut berkongsi hantaran sama beberapa Facebook channel termasuk Demi Rakyat dan Viral Mania.
Sumber: TikTok Imal Rossi, Facebook Demi Rakyat
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

gempak
09/10/2024
20:35 MYT
Datuk Zainalabidin adalah seorang penghibur yang telah melontarkan vokal bertenaganya sejak sekitar tahun 1970-an.
Hiburan

"Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

gempak
09/10/2024
16:18 MYT
Pelakon popular Hong Kong, Jackie Chan tidak terkecuali berdepan dengan situasi yang tidak diingini ketika melakonkan aksi lagak ngeri.
Hiburan

Baim Wong Dakwa Isteri Curang Punca Mahu Cerai: “Lelaki Itu Teman Baik Saya”

gempak
08/10/2024
11:55 MYT
Aktor dan hos terkenal Indonesia, Baim Wong mengesahkan telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven, seperti maklumat yang tular di media sosial sebelum ini.
Hiburan

Sarah Yasmine Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah, Langgar Perintah Mahkamah

gempak
08/10/2024
03:55 MYT
Bekas kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sekali lagi memuat naik hantaran menyatakan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap satu pihak.
Viral

“Kerek, Hilang Rasa Hormat”- Netizen Menyampah Lihat Sikap Kakak Fasi Perangai Acah Senior

gempak
06/10/2024
09:25 MYT
Tular di media sosial X apabila seorang individu meluahkan rasa kurang puas hati terhadap fasilitator wanita ketika minggu orientasi sebuah universiti tempatan.
BorakSeeni