Skip to main content

Viral

Lelaki Paling Kotor Di Dunia Mati Diusia 94 Tahun Selepas Pertama Kali Mandi Pada...

lakikotormati.jpg

Seorang lelaki yang digelar sebagai 'lelaki paling kotor di dunia' kerana tidak mandi selama beberapa dekad telah meninggal dunia pada usia 94 tahun, lapor media kerajaan pada Selasa.

 

Advertisement

Amou Haji yang berasal dari Iran itu  tidak membersihkan tubuhnya sejak lebih setengah abad dan masih bujang, meninggal dunia pada Ahad di kampung Dejgah di wilayah selatan Fars, lapor agensi berita IRNA.

 

Tambah laporan itu, Amou tidak mandi kerana bimbang jatuh sakit.

 

"Tetapi beberapa bulan lalu, buat pertama kali penduduk kampung membawanya ke bilik air untuk mandi,” lapor IRNA.

 

Pada 2013, sebuah filem dokumentari pendek bertajuk 'The Strange Life of Amou Haji' menyentuh mengenai kehidupannya telah dihasilkan. 

Must-Watch Video