Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lelaki Pecahkan Cermin Ambulans Dengan Parang Kwan Tao Ditahan

Gempak
27/03/2024 05:25 MYT
Kecoh di laman Facebook baru-baru ini apabila rakaman video seorang lelaki melibas sesuatu pada permukaan cermin ambulans meraih respons pelbagai dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, individu berbaju merah dilihat menghayunkan satu senjata panjang pada cermin depan kenderaan sehingga menyebabkan cermin tersebut pecah.

Hayun 'senjata'

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut turut mengacah ‘senjata’ miliknya itu ke arah sebuah lagi kenderaan yang berhenti berhadapan dengannya.

Tidak kurang dengan itu, lelaki berkenaan turut dilihat seakan-akan memarahi orang yang lalu lalang di kawasan sama sebelum masuk ke kenderaannya.


Memetik laporan Kosmo! Online pada Selasa, lelaki tersebut telah pun ditahan oleh pihak berkuasa dan ‘serangan’ ke atas ambulans itu dilakukan dengan menggunakan sebilah parang jenis kwan tao.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 43 tahun itu dibuat pada pukul 2 petang semalam selepas pihaknya menerima laporan pukul 12 tengah hari.

Berdasarkan laporan, pengadu warga tempatan memaklumkan bengkel membaiki penyaman udara miliknya didatangi lelaki tidak dikenali yang bertindak menetak cermin ambulans.

Ditahan, positif dadah

“Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berjaya menangkap suspek bagi membantu siasatan.

“Semasa tangkapan dibuat, pihak kami merampas sebilah kerambit yang berada pada tangan suspek,” katanya dalam kenyataan.

Zulkipli menambah, turut dijumpai sebilah parang jenis ‘kwan tao’ di dalam kenderaan lelaki itu. Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Sumber: Facebook dan Kosmo! Online

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Mengamuk Serang Penyondol, Netizen Saran Ketuk Kepala Suami Dia Sekali! - "Aku Hidup Lagi, Tak Cerai Lagi..."

ARTIKEL BERKAITAN: “I Pondan Oversea Tau!” - Dihalang Masuk Butik, 3 Transgender Mengamuk Tendang Pintu H&M

#Ambulans #Cermin Pecah #Kwan Tao #Lelaki Hayun Parang