,
Berita

Lelaki Peluk Islam Selepas Hampir Terjatuh Tanah Jerlus Masjid India

Gempak
30/08/2024
18:55 MYT
Seorang lelaki berbangsa India nekad untuk memeluk Islam selepas terselamat daripada insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, 23 Ogos lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, pengislaman saudara baru itu lelaki yang dikenali sebagai Haridath itu disahkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan memilih nama baharunya Harizan.
Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin bagaimanapun, memohon agar semua pihak memberi ruang kepada saudara baru itu bertenang, menghormati privasi dan mendoakan kebaikan beliau.
“ABIM maklum akan berita dan maklumat yang tular dalam beberapa platform media sosial khususnya WhatsApp berkenaan pengislaman seorang saudara baru di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tragedi tanah jerlus di Masjid India.

“ABIM mengesahkan bahawa saudara baru tersebut memeluk Islam di bawah kelolaan IOA Masjid Negara pada hari Isnin lalu.

"ABIM mendoakan, semoga kita semua mendapat hidayah daripada ALLAH, serta istiqamah dalam mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambah beliau, ABIM juga mendoakan agar operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India dipermudahkan, dan menzahirkan rasa simpati buat keluarga mangsa.
Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa kononnya seorang lelaki yang berada hampir dengan wanita warga India jatuh dan hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India telah memeluk Islam.
Menurut dakwaan tersebut, lelaki tersebut berada di belakang wanita berkenaan sebelum warga India itu jatuh.
Haridath berusia 48 tahun yang merupakan warganegara Malaysia kemudian mengunjungi pejabat ABIM untuk memeluk Islam.
Sehingga kini, mayat wanita yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, masih belum dijumpai biarpun sudah memasuki hari kelapan misi pencarian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Jangan Degil! Orang Awam Diminta Jauhi Kawasan Larangan

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Cedera Selepas Kereta Dinaiki Tiba-Tiba ‘Ditelan’ Ke Dalam Tanah

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Foto Kejadian Jalan Mendap Di Kampung Attap, DBKL Jelaskan Kejadian Lama

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Tatu Nama Ibu Jadi Kenangan - Anak Mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Anak Sahkan Wajah Mangsa

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

gempak
13/09/2024
01:25 MYT
Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Hiburan

Abby Abadi Rasa Rindu Bila Peluk Model Persis Wajah Anak - “Tiba-Tiba Datang Rindu”

gempak
11/09/2024
23:55 MYT
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Berita

Kejadian Tanah Jerlus Jalan Masjid India Bersifat Setempat, Selamat Dikunjungi

gempak
11/09/2024
02:25 MYT
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India pada Rabu, mendapati bangunan dan kawasan di Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.