Berita

Lelaki 'Psiko' Sorok Dua Mayat Dalam Tilam, Tangki Septik

gempak
Gempak
07/02/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Lelaki 'Psiko' Sorok Dua Mayat Dalam Tilam, Tangki Septik

Dua pembunuhan menggemparkan terbongkar selepas penemuan mayat seorang wanita di sebuah rumah.

Perbuatan lelaki dikenali sebagai Sunardi, 44, turut mengejutkan penduduk di Kampung Cikoronjo, Desa Sindangmulya, Cibarusah, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat di Indonesia pada Rabu.

Jurucakap polis, Kombes Mustofa berkata, pelaku bukan hanya membunuh petugas koperasi malah melakukan perbuatan sama terhadap isteri keduanya, Amaidah yang masih berpakaian lengkap dan ditemui dalam keadaan sudah mereput di dalam tangki septik rumahnya.

"Penemuan itu dibuat ketika pihak berkuasa menggeledah rumah suspek. Siasatan awal mendapati Sunardi membunuh Amaidah yang dinikahi secara rasmi pada November 2022.

"Cemburu jadi punca mangsa dibunuh setelah dia menuduh isterinya curang," ujarnya lagi.

Menurut polis, penggeledahan rumah itu pada mulanya dibuat setelah mayat kakitangan bank, Sri Pujayanti ditemui pada Selasa.

"Mangsa mahu mengutip hutang yang tertunggak selama sebulan. Pelaku enggan melunaskan hutang itu, namun terus didesak mangsa.

"Suspek yang berang bertindak mencekik Sri dengan tudung dipakai mangsa dan mengheret tubuhnya ke dalam rumah. Dia juga cuba menghilangkan jejak Sri dengan meletakkan motosikal di ruang parkir berhampiran rumah sakit," jelasnya lagi.

Tambahnya, Sunardi kemudiannya kembali ke rumah dan menyembunyikan mayat mangsa di tepi tembok bilik dan menutupinya dengan tilam spring.

"Pembunuhan itu akhirnya diketahui ahli keluarga mangsa selepas mereka berasa curiga lalu menyerbu masuk rumah Sunardi setelah suspek cuba berdolak-dalik," menurutnya.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024