Lelaki Pukul Ibu Sendiri Pakai Tukul Besi, Ugut Letupkan Tong Gas Dalam Rumah! Rupa-Rupanya Positif ...

Muhammad Firdaus
Februari 14, 2024 10:25 MYT
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki ditahan kerana memukul ibunya dengan penukul serta mengancam untuk meletupkan tong gas dalam kejadian amuk di flat Jalan Gangsa, Georgetown, Pulau Pinang.
Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata sikap agresif lelaki itu disebabkan pengaruh dadah jenis Methamphetamine selepas hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek.

BERITA TRENDING: Persetubuhan Dengan Mayat, Liwat... Ini Senarai Kesalahan Enakmen Syariah Kelantan Yang Terbatal

"Hasil ujian saringan air kencing didapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine. Suspek dipercayai meminta wang bagi membeli dadah dan ibunya sudah memberi 'angpau' sebanyak RM250.

"Namun suspek bertindak mengamuk berikutan tidak berpuas hati terhadap banyak perkara termasuk pembahagian harta pusaka," katanya.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan yang dibuat oleh Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Shaari Mansor berkata pihaknya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mumujuk suspek berkenaan melepaskan ibunya sebelum dia ditahan polis manakala warga emas itu diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan.
"Anggota bomba cuba memujuk lelaki terbabit namun tidak berjaya kerana dia dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
"Dia juga bertindak menghidupkan pembersih hampagas yang dibimbangi akan mencetuskan api kebakaran," jelasnya.
Sekadar info, ibu suspek merupakan peniaga gerai berusia 69 tahun tidak mengalami kecederaan serius namun masih trauma akibat dipukul.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Suspek direman selama tiga hari sehingga 16 Februari bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro, mStar
#Viral #Dadah #Berita #Jenayah