Laman Utama
“Lelaki Salah Guna Kuasa…”- Tular Suami Jatuh Talak Isteri Ambil Vaksin, Fizo Omar Ulas Kata Ustaz
Pelakon dan pengacara, Fizo Omar terkejut apabila ada suami yang menggunakan kuasa talak hanya kerana anti-vaksin.
Semalam tular satu mesej dari seorang isteri yang mengadu masalah serta status perkahwinanya selepas suami mahu menjatuhkan talak jika dia mengambil vaksin Covid-19.
Wanita itu yang sudah pun mengambil vaksin secara sembunyi seperti meminta pendapat para ulama mengenai statusnya kerana buntu.
Fizo menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi perbualan mesej tersebut dan mengecam tindakan suaminya.
“Kalau betul lah wujudnya si suami macam ni kan….
“Abe joe (Fizo Omar) tak boleh sentuh pasal hukum ni. Tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami tu bro, kot ya awak anti-vaksin sekalipun, bukan lah sampai tahap jatuh talak bro,” tulisnya dalam kapsyen.
Mengulas mengenai vaksin, Fizo memberitahu dia ada pernah mendapatkan pendapat dari seorang ustaz yang menyatakan adalah haram jika seseorang itu membahayakan serta memudaratkan orang lain.
“Pasal vaksin ni memang bukan paksaan dan hak individu tu sendiri, tapi saya pernah bertanyakan pada ustaz dan jabatan agama, sekiranya kita tidak ambil dan keputusan kita itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya Haram disisi agama kita.itu apa yg saya diberitahu lah.
“Lagipun, pihak Agama, Kesihatan di negara kita dan seluruh dunia sudah pun iktiraf dan sahkan vaksin ni halal dan harus di ambil,” jelasnya.
Pun begitu, Fizo tetap mempersoalkan mengapa masih wujud golongan anti-vaksin.
“Persoalannya kenapa masih wujud lagi isu anti-vaksin ni.
“Kalau masih ingat, sejak kita lahir,berapa jenis vaksin dah pun disuntik dalam badan kita, alhamdulillah sampai sekarang Allah masih bagi nikmat kehidupan sihat ni.
“Allah suka melihat hambaNya ikhtihar dan berusaha untuk menempuhi dugaan yang dihantar kepada kita semua.
“We do our part, the rest we leave to Allah, the best planner!” luahnya.