Lelaki Sedang Jalani Dikuarantin Kerana Covid-19 Cuba Larikan Diri Dari Hospital, Mahu Pulang Ke Rumah
Cubaan seorang lelaki yang sedang dikuarantin akibat COVID-19 melarikan diri dari
Pasukan Pemantau COVID 6, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bersama pengawal keselamatan, berjaya mengesan dan mengepung pesakit terbabit di kawasan taman berdekatan Wisma Darul Aman.
Siasatan mendapati lelaki berusia 38 tahun itu adalah pesakit wad psikiatrik di HAS sebelum ini.
Beliau berkata, pesakit itu bertindak melarikan diri untuk pulang ke rumahnya di Kepala Batas, di sini.
"Pesakit ini mempunyai dua anak berusia 10 dan 12 tahun, namun hasil maklumat pesakit ini pernah beberapa kali cuba melarikan diri dari wad psikiatrik ketika ditahan di situ termasuk cubaan melarikan diri melalui siling wad dan bertindak agresif.
"Namun dalam kejadian ini tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan kejadian berjaya ditangani dengan baik," katanya.
Katanya, lelaki itu kemudian dihantar ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana perlu menjalani pembedahan apendiks.
"Ketika ditahan di wad ICU HSB, pesakit menjalani saringan COVID-19 berikutan ada pesakit lain di wad itu didapati positif COVID-19.
"Bagaimanapun lelaki itu tidak memakai gelang merah jambu seperti yang ditular," katanya ketika dihubungi.
Berikutan itu, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpakaian pelindung diri (PPE) khas terpaksa hadir bagi membawa pesakit pulang ke wad dengan menaiki ambulans khas.
Sumber: BH Online