Viral
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Namun perbuatan tersebut terbongkar selepas dirinya ditahan pihak kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowla, Bengaluru, India selepas beg yang dibawa dibongkar.
Pihak berkuasa kemudian menemui 10 ular Anaconda yang diseludup dalam beg yang dibawa.
Menerusi foto yang dikongsikan di platform X, ada ular yang disimpan dalam beg masih hidup.
Terdahulu pada Ogos tahun lalu, pihak kastam Bengaluru turut berjaya menyelamatkan 234 haiwan termasuk kura-kura, iguana, buaya jenis aligator dan anak kanggaro yang diseludup dari Bangkok.
Untuk rekod, India masuk dalam daftar 20 negara di dunia dengan kes penyeludupan haiwan liar, 10 cara tertinggi melalui jalan udara.
Must-Watch Video