gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Dua Bulan Baru Berani” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Pertama Mandikan Anak
HIBURAN
Mahkamah Perancis Jatuhkan Hukuman Dalam Kes Rompakan Kim Kardashian
BERITA
Bela Anjing Terbiar Untuk Dimasak Sebagai Makanan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet Sudah Ditahan!

gempak
Gempak
24/05/2025
18:33 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet Sudah Ditahan!
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan kejam menyembur cat ke arah monyet di dalam sangkar.
Susulan itu juga, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia turut mengambil tindakan menahan lelaki terbabit.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan itu pada 2.10 pagi ini daripada pegawai veterinar daerah Petaling.
Menurutnya, pegawai terbabit melihat video yang tular itu di Facebook, berdurasi lima saat, memperlihatkan seorang lelaki menyembur cat pada seekor monyet yang berada di dalam sangkar.
"Kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Desa Moccis, U17, Shah Alam dan setelah siasatan awal dijalankan oleh Ketua Polis Balai, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh telah mengklasifikasi kes kepada rujuk lain agensi (Jabatan Veterinar dan Perhilitan)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, Jabatan Perhilitan juga mengambil tindakan dengan membuat satu lagi laporan polis berkaitan tindakan menangkap seorang lelaki mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta 716).
"Pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya tidak menyeksa haiwan sesuka hati kerana ia satu kesalahan dan boleh diambil tindakan mengikut undang-undang.
"Pihak polis juga meminta orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh hadir ke mana-mana balai polis yang berdekatan atau terus menghubungi Sarjan Mejar Azmir Azriezal Ramli di talian 019-5665870," katanya.
Topic Berkaitan
#Viral
#Polis
#Monyet
#PERHILITAN
#Cat
#Sembur
Must-Watch Video