Seorang lelaki berasal dari China menjadi viral gara-gara wajahnya kelihatan seperti kanak-kanak dan berbeza dari umurnya.

Mao Sheng sebenarnya berusia 27 tahun dan tertekan kerana disebabkan wajahnya kelihatan muda, dia sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Ini kerana kebanyakan majikan sukar untuk mempercayai umurnya dan khuatir sekiranya didakwa mengambil kanak-kanak bawah umur sebagai pekerja.

Mao Sheng juga meluahkan rasa bimbang sekiranya perkara itu berterusan, dia tidak dapat menyara bapanya yang mempunyai penyakit strok.

Kisah Mao Sheng itu telah membuatkan ramai yang tersentuh hati dan berharap ada majikan yang sudi memberikan peluang pekerjaan kepadanya.

Mungkin rezeki berpihak kepada Mao Sheng kerana selepas menjadi tular di media sosial, difahamkan ramai usahawan mula menawarkan peluang pekerjaan kepadanya.