"Lelaki Tu Usha Je, Benda Free Kan Tengok, Buat Apa Nak Tutup Mata" - Pakaian Sherry Ibrahim Dikecam Lagi

Badrul Hashim
Mac 10, 2020 08:18 MYT
Walaupun pernah menerima banyak kecaman daripada netizen tentang seluar ketat untuk bersenam sehingga dia terpaksa menutup ruang komen di Instagram miliknya, Sherry Ibrahim kembali memuat naik gambar dan video memakai seluar yang sama.
Baca: "Inilah Definisi Berpakaian Tapi Bogel" - Pakai Seluar Warna 'Nude', Sherry Ibrahim Jadi Mangsa Kecaman Netizen
Ketika itu Sherry memberikan alasan bahawa dia selesa, dan dia tidak perlu kisah dengan tanggapan netizen terhadap dirinya.
Menurut Sherry lagi, ada wanita yang mengenakan pakaian sedemikian tetapi tidak tular, tetapi kerana dia seorang selebriti, apa yang dilakukannya akan menarik perhatian netizen.
Baca: "Saya Rasa Tiada Apa Yang Salah, Bukan Berbogel" - Sherry Ibrahim Jawab Isu Pakai Seluar Ketat
Terbaru, Sherry memuat naik satu video pendek dia berada di dalam gimnasium memakai seluar yang sama.
Paling menarik, terdapat lelaki yang sedang memandang ke arahnya dan pada masa yang sama Sherry meletakkan perkataan 'Create, Don't Hate' pada bahagian tertentu di video tersebut.
Sekali lagi, netizen 'menyerang' Sherry pada entri tersebut dengan pelbagai kata-kata. Ada yang mengecam dan ada juga yang memberikan nasihat.
Imbas kembali lakonan Sherry Ibrahim dalam Projek Memikat Suami pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
#Sherry Ibrahim #Netizen #Pakaian