Laman Utama

Lelaki Viral Madu Dicari Isteri Pertama Dikecam Umum Cerai, Isteri Kedua Dedah Dah 2 Bulan Tak Sebumbung

gempak
Syafiqah Jalal
25/08/2021
03:45 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Viral Madu Dicari Isteri Pertama Dikecam Umum Cerai, Isteri Kedua Dedah Dah 2 Bulan Tak Sebumbung
Lelaki yang pernah tular pada tahun lalu kerana berkahwin dengan seorang wanita muda pilihan isteri pertama telah mengumumkan yang dia kini telah menceraikan madu atau isteri keduanya itu.
Perkahwinan yang dibina kurang setahun itu berakhir semalam selepas Khubaib Ramli, 37, mengumumkan di laman Facebook (FB) bahawa dia telah menceraikan isteri keduanya, Nurul Ain Md Soleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap, Kedah.
“Untuk makluman sahabat handai yang dihormati. Tanggal 24.8.2021, saya telah menceraikan Nurul Ain Md Soleh di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap,” tulisnya.
Entri itu disertakan fotonya ketika majlis pernikahan dengan isteri kedua namun hanya foto swafoto bersama isteri pertama.
Pengumuman yang dibuat secara terbuka pada hari sama perceraiannya itu telah mendapat perhatian pengikut laman sosial yang rata-rata mengecamnya yang didakwa seolah-olah bangga dengan berita tersebut.
“Bangga ke boleh share kat FB?” persoal salah seorang laman sosial itu
“Riak dan war-war itu dibezakan dengan satu garisan yang terlalu nipis sehingga hampir tidak nampak garisan itu,” kesal salah seorang netizen
“Rasanya benda macam ni tak perlu nak heboh atau umum sampai tahap ni kot.. Ke dah benci sangat sampai umum begitu.. Masa nak kemain lagi..” komen salah seorang warga maya.
Sementara itu, menerusi akaun FB Nurul Ain yang kini bekas isteri keduanya itu memaklumkan perkara yang sama dan mendakwa mereka sudah dua bulan tidak sebumbung.
“Alhamdulilah hari dan penantian saya selama 2 bulan tidak sebumbung. Dengan ini saya Nurul Ain binti Md Soleh sudah sah berpisah atau bercerai dengan bekas suami Khubaib bin Ramli.
“Tujuan saya memberitahu kerana tak mahu apa-apa fitnah timbul selepas ini masih membabitkan nama baik kami.
“Saya sudah berlapang dada dengan keputusan yang telah diputuskan,” katanya.
Ain turut meminta agar pihak suaminya tidak lagi memuat naik foto mereka bersama atau gambar perkahwinan mereka di masa akan datang.
Sementara itu, bekas madu pertamnya, Rosyilah Abd Rashid, 43, memberitahu dia turut menemani suaminya ketika menghadiri sebutan perceraian itu di mahkamah.
“Hari tu teman kanda pergi menikah, hari ni teman kanda pergi bercerai.
“Apa-apa pun.. It is okay... It's a process. Akak tetap akak, siapa pun datang dan pergi.. Doesn't matter.
“Datang tidak dipinta pergi tidak dihalau. Take full charge atas pilihan yg kita sendiri buat ok,” tulisnya di status FB.
Pada September lalu, tular kisah Rosyilah yang bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya untuk bernikah seorang lagi.
Malah Rosyilah dilaporkan telah meminang sendiri madunya yang menjadi calon kelapan pilihan untuk berkahwin dengan suaminya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live