Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Lelongan Ditunda, Pihak Datuk Vida Belum Hubungi Untuk Selesai Kes - Peguam

Awani 09/12/2024 | 13:25 MYT

Aktiviti di kediaman usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida di Persiaran Bukit Meru, Ipoh, Perak berjalan seperti biasa selepas lelongan aset dan harta miliknya yang dijadualkan pada Isnin ditangguhkan sementara menunggu perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tinjauan di kediaman Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman mendapati, kawasan tersebut lengang, dengan hanya kakitangannya sahaja berada di dalam kediaman.
Media dimaklumkan bahawa ahli perniagaan itu masih berada di luar negara.
Sementara itu, peguam yang mewakili Ah Design Communication, Samir Zainal berkata, perintah penangguhan dikeluarkan mahkamah Jumaat lalu selepas menerima permohonan penangguhan daripada Vida Beauty Sdn Bhd.
Menurutnya, dalam notis yang diberikan Vida selaku defendan, memerlukan tempoh untuk menilai semula semua barangan yang telah disita.
"Beliau mengatakan bahawa ada dalam senarai barangan tersebut merupakan milik syarikatnya iaitu Vida Beauty Sdn Bhd.
"Disebabkan itu, mahkamah benarkan penangguhan sementara dan buat masa ini, tarikh lelongan baharu belum dikeluarkan lagi," katanya ketika dihubungi pemberita, pada Isnin.
Bagaimanapun, katanya, sehingga tarikh ini, pihaknya belum menerima sebarang makluman rasmi daripada pihak Vida untuk menyelesaikan kes tersebut.
"Beliau tak hubungi saya pun lagi. Saya pun tak terima apa-apa (permohonan) cubaan untuk selesaikan kes ini sama ada melalui Datuk Vida atau peguamnya.
"Apa-apa pun kami akan teruskan dengan urusan selanjutnya mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah," ujarnya.
Sebelum ini media melaporkan, sekurang-kurangnya 727 barangan milik Datuk Vida termasuk empat kenderaan mewah iaitu dua Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7 disita selepas usahawan itu tidak menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 sejak 2018.

BERITA TRENDING: Kacak Wakilkan DSV Beri Bantuan RM200,000 Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan

BERITA TRENDING: Penyanyi Wanita Meninggal Dunia Selepas Urut Leher

BERITA TRENDING: Gegar Vaganza 11: Tok Ram Beri Peluang Kedua Kerana Masalah Teknikal Namun Nai Masih Buat Kesilapan - “Memang Ada Masalah…”

BERITA TRENDING: Jay-Z Didakwa R*g*l Budak 13 Tahun, Akan Duduk Berbincang Dengan Beyonce

Kesemua barangan yang disita itu dilapor tidak dibenarkan dibawa keluar dan sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, dengan satu acara lelongan akan diadakan pada 9 Disember.
Media turut melaporkan lelongan itu ditangguhkan kepada 8 Januari tahun depan.
Sumber: Astro Awani

#Rumah #Selesai #Kes #Dato Seri Vida #Belum #lelongan
;