Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana mencuri perhatian wargamaya dengan gelagat memancingnya sewaktu bercuti di sebuah pulau.

Menerusi laman sosial Instagram, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

“Lepas ni jangan ajak orang perempuan pegi memancing tau. Terperanjat ikan-ikan tu dengar suara kitaorang,” tulis Nana di ruangan kapsyen.

Pasni jangan ajak org perempuan gi memancing tau. Terperanjat ikan2 tu dengar suara kitorang ??

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on


Menerusi perkongsian video berdurasi 30 saat itu, Nana meraikan kejayaannya menangkap ikan sehingga semua mereka yang berada di dalam bot tersebut berteriak gembira.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang terhibur dengan gelagat Nana.

“Ikan tu mati terkejut rasanya,” komen penyanyi Fakhrul UNIC.

“Hahaha meriah! Habislah ikan yang lain kelam-kabut selamatkan diri,” usik seorang wargamaya.

“Ikan-ikan tu pun terkejut nampak artis yang pancing diorang,” kata seorang wargamaya.

“Lemah jantung la ikan-ikan tu dengar jeritan korang,” ujar seorang wargamaya.

“Mak oiii, dapat ikan bilis macam nak karam dibuatnya hahaha,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan oleh warga Instagram.