Hiburan

Lemang Cicah Susu Pekat, Milo, Keju & …. Netizen Cuba Perisa Baru Tapi Ada Yang Kembang Tekak!

gempak
Hanafis Haris
27/05/2020
07:51 MYT
Sponsor Banner
Lemang Cicah Susu Pekat, Milo, Keju & …. Netizen Cuba Perisa Baru Tapi Ada Yang Kembang Tekak!

Sebut saja juadah wajib ketika lebaran, pasti lemang antara yang diutamakan.

Lemang selalunya dimakan bersama rendang mahupun kuah kacang.

Kombinasi ini bagaikan tiada tandingan untuk dinikmati ketika raya.

Namun, di media sosial viral pula gelagat warga maya yang mahu mencuba kombinasi baru untuk memakan lemang.

Bermula dengan mencicah lemang dengan susu pekat manis, ia kemudian berlarutan hingga ada yang tidak masuk akal.

Antara yang kelihatan termasuklah menggabungkan lemang bersama Milo, madu, keju dan sos cili.

Ada yang suka, namun tidak kurang juga yang loya tekak.

Walaubagaimanapun ramai yang berpendapat tradisi lemang bersama susu pekat adalah normal terutama bagi sesetengah kawasan di kawasan utara Malaysia.

Apapun terpulang pada selera masing-masing untuk menikmati juadah raya!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live