Pelakon Shima Anuar mendedahkan menerima komen yang kurang enak oleh seorang individu di sebuah entri foto terbarunya.

Menerusi Instagram Stories miliknya Shima berkongsi satu 'screeeshot' komen yang telah ditinggalkan.

"Lemas anak dalam kandungan itu adoiiii bod*h lah artis sekarang ni pregnant buat cara pregnant," tulis individu tersebut.

Dalam entri tersebut, Shima tidak berdiam diri malah bertindak 'sekolahkan' netizen itu.

"Kenapa bodoh? Baju tu ketat?? Baby dalam perut tercekik?? But before that, nak tanya awak pernah dengar maternity dress?? Atau dalam bahasa melayu baju mengandung?? Baju/kain yang sesuai untuk ibu mengandung?" tulisnya.



Shima berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Marian Sophia.

Kini, Shima sedang sarat hamil anak kedua.