Hiburan

Lemas, Benam Kepala Anak Tamara Tyasmara 12 Kali, Kekasih Terlepas Hukuman Mati

gempak
Maliah Surip
05/11/2024
21:51 MYT
Sponsor Banner
Lemas, Benam Kepala Anak Tamara Tyasmara 12 Kali, Kekasih Terlepas Hukuman Mati
Selepas sembilan bulan kes membabitkan jenayah Yudha Arfandi terhadap anak kekasihnya, pelakon Tamara Tyasmara, Dante, Pengadilan Negeri Jakarta Timur akhirnya memutuskan lelaki tersebut bersalah.

BERITA TRENDING: Bukan Bunuh, Kekasih Tamara Kata Tenggelamkan Kepala Anak Ke Air Untuk Latihan

Yudha dituduh bersalah melakukan pembunuhan terancang terhadap Dante yang baru berusia 6 tahun dengan melemaskan kanak-kanak tersebut di sebuah kolam renang umum pada 27 Januari 2024.
Meski berdepan hukukan mati atau penjara seumur hidup, mahkamah memutuskan Yudha hanya perlu dipenjara selama 20 tahun terhadap jenayah yang dilakukan.
“Menjatuhkan hukuman kepada terdakwa dengan hukuman 20 tahun penjara,” putus mahkamah seperti dilaporkan Kompas.
Majlis hakim antaranya memberitahu hukuman lebih ringan dijatuhkan kepada Yudha Yudha Arfandi kerana lelaki tersebut belum pernah melakukan jenayah dan bersikap sopan sepanjang perbicaraan kes berlangsung.
Namun fakta utama Yudha dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana melakukan pembunuhan secara terancang kepada seorang kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi dan disayangi apa lagi Dante adalah anak kepada kekasihnya.

BERITA TRENDING: Misteri Kematian Anak Pelakon Terjawab Lepas Kubur Digali, Maut Dilemaskan 12 Kali

BERITA TRENDING: Pelakon Gali Kubur, Curiga Anak 6 Tahun Maut Lemas Di Kolam Renang Awam

Terdahulu, kes kematian Dante menyita perhatian selepas Tamara memberi keizinan kepada pihak berkuasa untuk menggali semula kubur anaknya bagi mencari bukti kanak-kanak tersebut bukan mati lemas sebaliknya dibunuh oleh Yudha.
Hal ini lantaran rakaman CCTV menunjukkan lelaki tersebut berenang dan menghabiskan masa dua jam bersama kanak-kanak itu di dalam kolam sebelum maut.
Hasil soal siasat, Yudha akhirnya mengaku telah membenamkan kepala Dante sebanyak 12 kali di dalam kolam. Namun dia mengatakan tindakan itu dilakukan kerana ingin mengajar kanak-kanak tersebut berenang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024