Bintang terkenal Bollywood Sridevi dilaporkan meninggal dunia akibat lemas dalam tab mandi di bilik hotelnya.

“Kematian aktres India Sridevi disebabkan lemas dalam tab mandi di hotel apartmen selepas dia tidak sedarkan diri,” kata polis ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat selepas merujuk kepada laporan bedah siasat.

Polis kini merujuk kes tersebut kepada pendakwaraya awam.

Terdahulu, laporan awal menyatakan punca kematian pelakon berusia 54 tahun itu adalah disebabkan serangan jantung.

Sumber: The Star Online