Lembu Berkepala Dua Lahir! Kongsi Dua Telinga, Mampu Minum Susu Guna Dua Mulut
ZULHILMI JALIL
24/08/2020 01:30 MYT
24/08/2020 01:30 MYT
Lembu berkepala dua! Aneh, tetapi itulah yang benar-benar berlaku di sebuah perkampungan di Dejiang, Wilayah Guizhou, China.
Anak lembu yang baru berusia 10 hari itu mempunyai dua kepala, dua telinga, dua mulut serta empat mata.
Menurut pemiliknya, Zhang, lembu istimewa itu selamat dilahirkan selepas tujuh jam haiwan ternakannya bertarung untuk beranak.
"Saya sudah lebih 70 tahun hidup, saya tidak pernah lihat lembu begini dalam hidup saya," kata pemiliknya seperti yang dilapor portal Daily Star UK.
Menurut Zhang lagi, haiwan tersebut sehingga kini tidak mampu berdiri.
Begitupun anak lembu tersebut mampu minum susu lembu menerusi kedua-dua mulutnya itu.
Sejak kecoh dengan kelahiran lembu berkenaan, tempat tinggalnya turut menjadi tumpuan ramai penduduk sekitar untuk melihat sendiri keajaiban yang berlaku.
"Sekarang ini, selepas melihat dengan mata sendiri, ia memang benar-benar betul," kata salah seorang penduduk.
Sementara itu, seorang pakar berkata lembu berkenaan berkongsi tekak yang sama selain mampu mempunyai empat tanduk.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku akibat mutasi pada genetik ketika di dalam kandungan lagi.
Sebelum ini, kejadian sama juga berlaku di Kampung Pondok Wuluh, Jawa Timur Indonesia pada 9 Ogos lalu apabila seekor lembu betina berkepala dua lahir dan menggemparkan penduduk setempat.
Sumber: Daily Star UK