Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lembu, Rumah, Gerai Bakso, Kopi Seumur Hidup: Ini 35 Senarai Hadiah Pemenang Pingat Emas Badminton Indonesia

Azwa Rahman
04/08/2021 13:40 MYT
Pemenang pingat emas Olimpik dalam acara badminton dari Indonesia, Greysia Polii dan Apriyani Rahayu mencatat sejarah buat negara tersebut dengan kejayaan manis mereka.

Seiring dengan kejayaan ini, kedua-dua pemain badminton ini menerima hadiah dan penghargaan yang lumayan daripada kerajaan Indonesia serta badan-badan persendirian.

Berikut merupakan senarai hadiah yang bakal menanti Greysia dan Apriyani:
  1. Wang tunai bernilai 5 bilion (RM1.47 juta) setiap seorang daripada pemerintah Indonesia
  2. Wang tunai bernilai 500 juta (RM147,541) daripada orang kaya di Malang.
  3. Percutian ke lima destinasi utama daripada Menparekraf
  4. iPhone 12 Promax daripada Ekacelullar
  5. Tiga unit Apartemen di B Residence
  6. Rumah elit di Pantai Indah Kapuk (PIK) daripada PBSI
  7. Gerai Bakso Aci daripada Arief Muhammad
  8. Outlet Teh Ais daripada pemiliknya
  9. Tanah, rumah, 5 ekor lembu daripada Bupati Konawe untuk Apriyani
  10. Sepetak tanah dari wakil Wali Kota Tomohon untuk Graysia
  11. Hadiah saham daripada Ajaib Investasi
  12. Kopi percuma seumur hidup di semua kedai Filosofi Kopi
  13. Biasiswa LSPR
  14. Penginapan percuma selama setahun di Bobobox
  15. Rawatan percuma seumur hidup di semua klinik Dr. Richard
  16. Wang tunai bernilai 500 juta (RM147,541) dari Grab ID
  17. Rumah di PIK 2 daripada Agung Sedayu Grup
  18. Air boba percuma seumur hidup daripada THE BOBA TIME
  19. Makan percuma selama 2 tahun di Warpopski
  20. Wang tunai bernilai 100 juta (RM29,508) untuk Apriyani daripada anggota DPR RI
  21. Makan percuma selama 3 tahun di Lawless
  22. Hadiah rumah daripada REI (Real Estat Indonesia)
  23. Makan percuma selama setahun daripada Boga Group
  24. Produk percuma seumur hidup daripada Elshe Skin
  25. Rawatan gigi percuma selama setahun di Saphire Dental Aesthetic
  26. Ratusan juta dana investasi dari IPOT
  27. Makan percuma seumur hidup di Theciloxsajaj
  28. Hadiah emas 3kg daripada Pegadaian bernilai 2.8 juta (RM8,260) untuk semua atlet yang meraih medal
  29. Pakej perawatan gigi premium seumur hidup daripada Rsgmyarsi
  30. Rawatan menicure pedicure percuma selama setahun daripada Neiru Lab
  31. Logam mulia 10 gram daripada Lakuemas
  32. Burger percuma seumur hidup daripada Burger Bangor
  33. Langganan percuma seumur hidup produk digital tempo daripada Tempo Media
  34. Bebas pilih lagu seumur hidup di stesen radio rdi971
  35. Biasiswa dari Universiti Muhammadiyah Jakarta

Wow! Senarai hadiah yang cukup meriah ini adalah petanda penghargaan daripada badan-badan pemerintah kepada pasangan regu wanita ini.

Pada temasya suka berprestij di Tokyo itu, pasangan Greysia dan Apriyani menewaskan wakil China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan 21-19, 21-15 yang memberikan Indonesia pingat emas pertama.
#Badminton Indonesia #Emas badminton #Greysia Polii #Hadiah pingat emas