Isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sekali lagi mendapat perhatian netizen.

Kali ini bukan kerana kontroversi sebaliknya disebabkan alunan suaranya dalam video voice over tentang masakannya.

Video pendek yang dimuat naik Ira di akaun TikTok miliknya itu merakamkan cara-cara memasak kentang bakar bersama inti daging (baked potato beef) mengikut resipinya.

Disebabkan itu rata-rata netizen menyatakan Ira bukan hanya cekap di dapur malah suaranya yang lembut ketika membuat voice over itu juga membuatkan mereka tertarik untuk mencuba resipi itu sendiri.

Malah ada juga yang mengusik, kata mereka kelembutan suara Ira itulah membuatkan Syamsul bertambah sayang.

Selain itu ada juga yang memberikan cadangan supaya Ira lebihkan lagi video masakan dan disertakan dengan voice over untuk lebih memahami cara resipi itu dilakukan.


Terdahulu Ira sebelum ini menjadi tular kerana berkongsi cara memasak makanan kegemaran suaminya iaitu Sambal Sotong.

BACA: Ira Kazar Ajar Masak Sambal Sotong Sedap Tambat Hati Suami! - "Nak Lagi Ngam Tambah Petai"

Berikut merupakan cara-cara memasak bake potato beef versi Ira Kazar:
@irakazar_ Baked Potato Beef Recipe ? #BakedPotato #CapCut ♬ original sound - Ira Kazar