Sebuah video kemalangan yang melibatkan seorang pejalan kaki yang sedang melintas jalan dirempuh seorang penunggang motor menjadi viral di laman sosial.

Video yang berdurasi satu minit itu dimuat naik oleh individu bernama Henna Ooi di laman Facebook Info Berita Semasa Dunia (IBSD).

“Baru berlaku dekat Bandar Puteri Market Puchong… Kesian akak tu kena langgar,” tulis Henna.

Video tersebut turut dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Aman Shah II.

Kebanyakan netizen menyalahkan pejalan kaki yang melintas kerana cuai serta tidak melihat kiri dan kanan sebelum melintas jalan jalan.

Selain itu, netizen juga menyalahkan pejalan kaki yang tidak menggunakan jejantas yang berada di hadapan jalan.

“Syahfize Samsul: Dalam situation ni, pejalan kaki salah... Dah terang ada jejantas, lepas tu lintas tak tengok kiri kanan macam jalan atas karpet merah... Motor tak salah, sebab dia pengguna jalan raya... Kelajuan yang nampak kat motor tu... Tak ada lah laju, standard kelajuan motor mencelah je aku nampak. Apa-apa pun, moga dua-dua sihat dan cepat sembuh.”

“Shah Rizal: Melenggang kangkung.”

“Mohd Haniff Yen: Melintas tak tengok kanan kiri. Kena langgarlah jawabnya.”

“Syazwan Daud: Jejantas ada tapi tak gunakan so tak boleh nak salahkan motosikal… Okay bye.”

“Noor Aznita Zainoldin: Akak, akak baru lpas raya kan dah masuk hospital... Allah bagi mata pandang akak... Ni jalan lenggang kangkung.., Adoi haiii akak.”

Teks oleh: Kamaruddin Razal