Kecoh di laman sosial apabila pempengaruh Leona Azhar ‘mendedahkan’ sahabat baik sendiri ‘bercinta’ dengan bekas teman lelakinya.

Menerusi video yang tular di platform X itu, Leona menulis sepotong kapsyen berbunyi: “My heart when my best friend got with my ex after we broke up."
@leonsmeonss

my 2023 trauma ???❤️ i am over it tho so dont worry i can joke about it now ?

♬ Originalton - ?

Dan pada ruangan kapsyen di TikTok, Leona menulis: "My 2023 trauma. I am over it tho so don't worry I can joke about it now," katanya.

Susulan itu, ramai dalam kalangan netizen memetik nama Cupcake Aisyah sebagai ‘best friend’ yang dinyatakan oleh Leona dalam video berkenaan.

Netizen turut menyatakan yang Aisyah pernah memuat naik sebuah video di Youtube yang menampilkan bekas kekasih Leona tanpa kehadiran Leona pada waktu itu.







Gempak cuba menghubungi pihak pengurusan Leona dan Aisyah, Xeno untuk mengesahkan hal tersebut. Namun, pihak pengurusan kedua figura itu masih belum mahu membuat sebarang kenyataan pada masa ini.