Hollywood

Leona Lewis Turun Johor Sabtu Ini, Ada Apa Tu?

gempak
Amri Hassan
21/02/2020
03:22 MYT
Sponsor Banner
Leona Lewis Turun Johor Sabtu Ini, Ada Apa Tu?
Penyanyi yang popular dengan lagu Bleeding Love, Leona Lewis bakal mengadakan persembahan sempena perasmian Stadium Sultan Ibrahim di Johor pada Sabtu ini.
Perkara itu dikongsikan menerusi media sosial rasmi Johor Southern Tigers pada Khamis.
"Penyanyi dan penulis lagu serta pemenang pelbagai anugerah dari Britain, Leona Lewis bakal mengadakan persembahan di Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim yang amat ditunggu-tunggu pada 22 Februari 2020.
"Stadium baharu serba canggih milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), satu lagi permata Harimau Selatan bakal diperkenalkan kepada umum dengan penuh gaya yang menakjubkan Sabtu ini. Jumpa anda di sana!
"Untuk makluman. Majlis doa selamat dan solat hajat memang telah diadakan sejak malam semalam hingga sabtu pagi. Persembahan artis-artis jemputan pula akan berlangsung pada sabtu malam ketika acara perasmian," maklum Facebook berkenaan.
Difahamkan pas masuk stadium yang boleh memuatkan lebih 40,000 pengunjung itu telah habis diedarkan.
Lewis, 34, merupakan pemenang pertandingan realiti TV, X-Factor musim ketiga dan telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa.
Antara lagu popular nyanyiannya ialah You Are The Reason, Better in Time, A Moment Like This dan banyak lagi.
Serentak dengan itu, perlawanan kompetitif pertama di Stadium Sultan Ibrahim bakal berlangsung pada 28 Februari ini untuk perlawanan Sumbangsih melibatkan JDT dan Kedah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live