Hiburan
"Lepas 1 Jam Setengah Muntah" - Anak Jatuh, Nourul Depp Cemas Bawa Buat CT Scan
Risau akan keselamatan anak lelakinya, Raphael Depp, penyanyi Nourul Depp berdepan detik mencemaskan apabila anaknya itu mulai muntah-muntah selepas terjatuh ketika bermain di kediaman mereka.
Menceritakan lebih lanjut kejadian yang berlaku pada petang Rabu itu, kata Nourul dia membawa anaknya untuk membuat imbasan di hospital berdekatan kerana risau perkara tidak diingini terjadi.
"Siapa yang ada anak lelaki yang suka panjat sana sini, lepas itu bedebuk jatuh?
"Ha ni Raphael Depp kelmarin. 5 petang jatuh lepas tu dia buat lena ja. Mak dia risau dah. Pak dia kata relaks, kalau tak muntah tak apa.
"Lepas 1 jam setengah muntah! Mak dia lari pergi hospital. Buat scan. Alhamdulillah tak ada apa-apa," kata Nourul.
Situasi bertukar menjadi mencuit hati apabila anaknya itu umpama menganggap tiada apa yang serius telah terjadi.
"Balik hospital tiba-tiba dia jerit 'good morning!'. Mak dia nak kena heart attack! Hang pasaipa?
"Maknanya normallah tu. Ya Allah cabaran tu mematangkan. Syukur dapat pelajaran berharga. Nasib ada insurans.
"Siapa pernah panik anak jatuh dan siapa pernah melalui pengalaman macam ni?" tambah Nourul lagi.
Soalan Nourul itu disahut dengan pelbagai respon dari pengguna Instagram yang turut berkongsi pengalaman menguruskan anak masing-masing yang tercedera ketika bersama mereka.
Dalam pada itu, Nourul menjelaskan anaknya itu mengalami muntah-muntah disebabkan tersalah makan beberapa jam sebelum kejadian tersebut dan bukannya berkaitan dengan insiden terbabit.