Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lepas 5 Tahun, Hijjaz Muncul Dengan Single Duet Bersama Rapper

Mya Amri
22/03/2021 04:27 MYT
Selepas hampir lima tahun tidak muncul dengan single baharu, kumpulan nasyid Hijjaz kini kembali dengan lagu berjudul Tiada Kata Secantik Bahasa (TKSB) 2020.

Istimewanya lagi, lagu itu merupakan lagu seniman agong Allahyarhan Tan Sri P Ramlee yang diberikan nafas baru oleh Hijjaz.

Menariknya, lagu ini tidak hanya dinyanyikan oleh Hijjaz, sebaliknya berkolaborasi bersama tiga anak muda berbakat iaitu duo rap terkenal tanah air, Kmy Kmo, Luca Sickta dan juga bekas peserta program realiti mentor 7, Pasya.

TKSB 2020 yang berkonsepkan selawat itu disuntikkan lagi dengan elemen segar seperti Rock Nasyid dan Rap (RNR).

TKSB 2020 sudah pun dilancarkan empat bulan lalu disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), proses lagu berkenaan tidak dapat dilakukan.

TKSB 2020 kini boleh didengar di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, Deezer dan KKBOX, manakala muzik videonya boleh ditontob menerusi saluran YouTube Universal Music Malaysia.
#Hijjaz #Nasyid #Kmy Kmo #Luca Sickta #Tiada Kata Secantik Bahasa #TKSB 2020 #Allahyarhan Tan Sri P Ramlee