Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lepas Banglo, Kak KM Beli Kereta RM100k Untuk Mak Secara Cash! - “Apalah Sangat, Ni Pun Tak Terbalas Jasa..”

Azwa Rahman
23/06/2022 00:20 MYT
Usahawan yang juga anak dramatis terkenal Normah Damanhuri, Liana Rosli mencuri perhatian ramai apabila membeli sebiji kereta untuk ibunya yang dibayar secara tunai.

Menerusi platform Tik, momen bahagia berdurasi lebih dua minit itu dikongsi untuk tatapan umum.

“Kereta mak ni, saya dah niat nak beli cash untuk mak. Alahh apalah sangat, ini pun tak terbalas jasa mak,” kata liana atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM.

Dalam perkongsian itu lagi, Kak KM dilihat membayar jumlah tertera RM102,000 untuk sebiji kereta berjenama Honda.

Dalam pada itu juga, Normah dilihat menangis sebak sewaktu Kak KM menawarkan untuk membayar kereta tersebut lalu mereka saling berpelukan.

@sweetdara_stokiskmbeauty

♬ original sound - Lianarosli.sweetdara


Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan kata-kata pujian di mana rata-rata wargamaya kagum dan respek dengan sikap Kak KM yang sering mengutamakan kehendak ibunya.

View this post on Instagram

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)


Tidak kurang juga ramai yang mahu mencontohi sifat baik Kak KM yang suka bersedekah dan memuliakan ibu.

@Hzleen Shalihin:Jangan pandang benda yang buruk kak KM buat, pandang apa yang baik dia buat: tahniah kak.”

@Mama Ziela:walaupun dia macam ni...aku sangat yakin pengakhiran mereka sekeluarga pasti baik-baik..insyaAllah aminn.”

@Mazira:dia selalu bahagiakan mak dia... itulah rezekinya murah selalu.”

@Official.dhiafarehan:Patutlah rezeki Kak KM melimpah ruah sebab dia bahagiakan mak dia MasyaAllah. Semoga suatu hari nanti aku pon dapat bahagiakan mak aku sama macam ni.”

@Fifymakngah:macam mana orang kecam Allah beri juga, sebab demi mak segalanya. Allah maha pemurah.”

@aisyaomar:Satu jela aku respect gile Kak KM ni sebab dia kalau dengan mak dia memang tiptop layan dia. Lepastu hubungan adik-beradik and cara dia layan anak-anak dia.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 1.6 juta tontonan kurang dari tempoh 24 jam video tersebut dimuat naik.

Terdahulu, nama Kak KM sekali lagi menjadi perhatian apabila membeli sebuah banglo ala villa dengan nilai RM5 juta.

#Normah Damanhuri #Kak KM #Kak KM beli kereta cash
;