Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Lepas Bedah & Buang Cecair, Saya Adalah Repair Sikit Hidung…” - Zarina Zainuddin

Shahrin Zulkifle
10/03/2023 00:00 MYT

Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi perkembangan terkini mengenai masalah sinus yang dihidapinya sebelum ini.

Tidak pernah menyangka akan mengidap penyakit itu, Zarina berkata dirinya bersyukur apabila masalah tersebut semakin pulih selepas menjalani pembedahan membuang cecair yang terkumpul di kawasan wajahnya.

“Alhamdulillah keadaan sinus saya semakin berkurang, cuma ada sedikit sahaja lagi di bahagian sebelah hidung yang tinggal.

“Masa saya operate dan buka di bahagian hidung doktor dah buang cecair tersebut, tetapi katanya cecair itu akan bergerak. Migraine saya pun sudah semakin baik.

“Saya tak tahu langsung ada sinus, setahu saya anak saya yang Azal tu ada sinus. Masa saya pergi luar negara, cuaca sejuk sehingga buat hidung saya jadi gatal. Kemudian check doktor dia kata itu sinus,” katanya kepada Gempak.

Zarina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 yang diadakan di ibu kota pada Khamis.

Dalam masa sama, aktres tersebut turut mengakui usai menjalani pembedahan membuang cecair, dia ada melakukan pembedahan di bahagian hidung agar kelihatan lebih cantik.

“Lepas saya bedah dan buang cecair tu saya repair la hidung saya sikit, tak ada la buruk sangat hidung saya. Saya ini pelakon tak akan nak biar muka tak cantik kan.

“Saya tak adalah ubah sangat hidung ini, kalau betul-betul buat baik saya tegakkan lepas itu mancungkan hidung ini,” ujarnya.

Selain itu, Zarina turut berkata dirinya enggan mengambil pusing mengenai cakap nakal netizen yang menuduh dirinya membuat pembedahan muka tanpa usul periksa.

“Lantak la orang nak cakap, nak kata saya buat muka ke apa ke, biarkan. Haters gonna hate, terangkan macam mana pun kalau dia tak suka sama juga.

“Saya ini pun dah tua, malas nak fikir pasal masalah. Nanti saya jadi orang gila layan manusia. Tak elok asyik nak marah dan dengki dengan orang. Kena selalu positif,” tambahnya.

#Sakit #Zarina Zainuddin #Rawatan #Sinus
;