Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lepas Bersara Dari Skuad Boling Kebangsaan, Syaidatul Afifah Tak Pernah Terfikir Jadi Pelakon, Tapi Lepas Ratu Ten Pin….

Fiza Kamarudin
05/07/2021 11:13 MYT
Bekas pemain boling kebangsaan, Syaidatul Afifah mengakui tidak berniat untuk menceburi bidang lakonan setelah bersara daripada mewakli skuad kebangsaan.

Apatah lagi Afifah mempunyai hasrat untuk membuka akademi boling untuk melatih pemain-pemain muda.

Bagaimanapun kata Afifah selepas membintangi drama Ratu Ten Pin dia mungkin akan pertimbangkan hasrat untuk berlakon.

“Sebenarnya saya tak ada niat nak ceburi bidang lakonan sebab saya memang ada perancangan nak buka akademi boling dalam tempoh lima tahun ini.

“Tapi selepas drama Ratu Ten Pin ini, kalau ada tawaran saya akan pertimbangkan tetapi kena tengok dahulu watak yang diberikan,” katanya.

A post shared by Syaidatulafifah (@syaidatulafifah)


Katanya, dia perlu meneroka bidang baharu selepas bersara daripada sukan boling dan sedang merancang untuk melakukan sesuatu.

“20 tahun dalam sukan boling saya tak pernah berpeluang untuk benda lain. Maksud saya benda baru. Tetapi rasanya selepas ini dah boleh cuba.

“Saya mula menceburi sukan boling sejak umur 9 tahun sehinggalah 29 tahun. Jadi dah sampai masanya untuk saya explore,” katanya.

Afifah berkata demikian ketika sesi sidang media secara virtual bersama penerbit Sheila Rusly dan barisan pelakon drama Ratu Ten Pin.

Ditanya mengenai pengalaman sulung dalam bidang lakonan, Afifah mengaku ia memberi cabaran buat dirinya.

“Dalam Ratu Ten Pin, saya bawa watak Sandra. Sandra ni orangnya sombong dan bongkak memang jauh sekali dengan sikap sebenar saya.

“Tetapi saya ambil cabaran kerana drama ini berkonsepkan boling. Rugi kalau saya lepaskan peluang sebab entah bila lagi saya dapat berlakon dalam drama yang mengangkat sukan boling.

“Tapi Alhamdulillah, walaupun saya zero dalam bidang lakonan pengarah dan rakan-rakan pelakon yang berpengalaman dalam drama ini banyak membantu.

“Seronok, macam satu family! Kami saling tolong-menolong. Macam saya sendiri, banyak guide tentang boling, Sis (Sheila Rusly) dengan pelakon-pelakon lain banyak bantu saya dari segi lakonan,” ujarnya.

Selain Afifah, drama berkenaan turut dibintangi Elisya Sandha, Fify Azmi Nazim Othman, Nasz Sally, Eizlan Yusof, Aleeza Kasim, Esma Daniel, Hazeeq Dean dan Lisdawati.

Jangan lupa tonton Ratu Ten Pin setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 Malam di saluran Astro Ria.

A post shared by Syaidatulafifah (@syaidatulafifah)

#Ratu Ten Pin #Ratu Boling Negara #Syaidatul Afifah
;