Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Lepas Bertudung, Netizen Harap Isteri Caprice Kurangkan ‘Menari’ Di Media Sosial - “Nanti Slow-Slow Minta Dia ...”

Izwan Isa 25/07/2022 | 00:50 MYT

Baru-baru ini, penyanyi rap, Caprice meluahkan rasa gembira apabila menyaksikan perubahan pemakaian isterinya, Farra Inalis yang kelihatan manis bertudung dan menutup aurat.

Selain itu, Caprice juga secara tidak langsung meminta agar para pengikutnya di media sosial supaya mendoakan isteri tersayang terus kekal dengan imej berkenaan.
Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Caprice berkongsi sepotong rakaman video yang memperlihatkan Farra mengikutinya ke sebuah sesi mesyuarat bagi pembangunan dua aplikasi Islamik.

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Bagaimanapun, perkongsian Caprice mengenai isterinya itu sekali lagi menyorot perhatian netizen. Hal ini kerana, salah seorang daripada pengikut Caprice menegur perbuatan Farra yang masih lagi menari pada penghujung video sungguhpun telah mengenakan tudung.
“Alhamdullilah. Insya-Allah makin hari akan makin sempurna. Kita yang dah lama berhijab pun masih tak sempurna. Nanti slow-slow minta dia tak menari lagi untuk tontonan umum ya. Semoga Allah rahmati. Hidayah itu milik Allah yang wajib kita sama-sama cari. Amin,” ungkapnya.
Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan supaya Farra akan terus berhijab dan hal tersebut akan terus diberkati oleh Yang Maha Esa.
“Saya doakan isteri cap terus berhijab. Jika engkau benar-benar sayang suami mu maka jangan biarkan suami mu menanggung dosa setiap hari apatah lagi ke neraka, moga dijauhkan.
“Cinta yang sejati anak dan isteri saling membantu menuju ke syurga. Itulah cinta sejati, cinta
dan sayang kerana Allah SWT, ingati diri ku jua,” tulis pengikut tersebut.
Dalam pada itu, ada seorang individu juga yang menegur sikap segelintir netizen yang terlalu obses dengan keputusan Farra sama ada ingin bertudung atau tidak.
“Biarlah dia nak berhijab ke tak, hidavah kan milik Allah. Pandailah suami dia nak berdakwah atau pujuk wife dia. No need to judge either way. Serious tak faham kenapa nak kena make a big deal out of it. And puji melambung-melambung pun tak guna, nanti niat dia ikhlas kerana Allah tiba-tiba jadi sebab orang puji lagi cantik pakai tudung pulak. Puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Sigh. Wallahualam,” tulisnya.

#Bertudung #Menari #Aurat #Caprice #Farra Inalis #Isteri Caprice
;